DENDAM kesumat pembangkang terhadap FELDA tidak pernah kunjung padam. Apatah lagi beberapa pemimpin Taiko mereka dikenakan tindakkan undang-undang kerana menfitnah FELDA. Oleh itu kesempatan dalam pilihanraya kecil di Rompin ini, mereka sekali lagi menaburkan racun fitnah kepada penduduk Rompin terutama peneroka FELDA.
Dengan mengunakan slogan "Himpunan Selamatkan FELDA 2.0" mereka dilihat bergerak aktif dikawasan FELDA di parlimen Rompin. Kononnya saham FGV merudum, tanah peneroka FELDA akan tergadai, kerajaan tidak pandai menguruskan kewangan FELDA dan bermacam-macam lagi fitnah yang ditaburkan. Persoalannya, apa benda yang mereka hendak selamatkan ??? Peneroka FELDA tenang saja.
FELDA Global Ventures Bhd (FGV) sebenarnya telah mencatatkan peningkatan dalam perolehan 30.8 peratus, iaitu sebanyak RM16.4 bilion bagi tahun kewangan berkakhir 31 Disember 2014 dengan memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM2.14 bilion.
Untuk suku keempat 2014 sahaja, FGV mencatatkan keuntungan bersih RM20.21juta yang mana sebelum itu pada suku ketiga hanya kerugian RM9.3 juta. Jadi dimana kerugian yang pembangkang gembar gembur sangat tu ? Belum ada lagilah peneroka yang kena gadai harta benda dan tanah kerana saham FGV. Tidak ada seorang pun peneroka yang terjun dari bangunan tingkat 11 ataupun terjun dari rumah tiga tingkat mereka.
Adalah lebih baik pembangkang terutama PAS menyelesaikan masalah Ladang Rakyat mereka di Kelantan yang sah-sah meniru model FELDA tetapi diselubungi dengan pelbagai masalah tanah dan hak pemilikan. Sepatutnya PAS berasa malu untuk bercerita masalah orang lain sedangkan mereka juga berhadapan dengan masalah yang jauh lebih besar.
Warga FELDA dan peneroka hidup aman dan tenteram sambil menikmati pelbagai faedah dan peningkatan taraf hidup, insentif, bantuan dan lain-lain kemudahan untuk warganya. FELDA kini juga memiliki kolej sendiri, pusat latihan serta berjaya melahirkan ahli perniagaan hasil daripada program kemahiran yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Oleh itu tidak usahlah pembangkang cuba menghasut peneroka FELDA kerana itu merupakan satu perbuatan yang sia-sia. Hasil titik peluh yang mereka usahakan sehingga berjaya kini tidak akan mereka persia-siakan hanya dengan hasutan jahat pembangkang. Peneroka FELDA dengan kerajaan bagaikan isi dengan kuku, aur dengan tebing saling perlu dan bantu membantu.

No comments:
Post a Comment