Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Pua akan dipanggil untuk menjelaskan maksud kenyataan berkenaan.

"PDRM akan panggil Yang Berhormat ini menjelaskan apa maksud beliau ‘Royal my foot’. Adakah dimaksudkan kepada raja-raja Melayu?,” katanya dalam akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia mencari kenyataan itu gagal kerana dipercayai telah dipadamkan dan hanya menemukan kenyataan ‘Bastards. “Nurul Izzah arrested under Sedition Act”.

Kenyataan Pua itu dipercayai kerana marah dengan tindakan PDRM menahan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim di bawah Akta Hasutan kerana menghina sistem kehakiman negara.