Friday, March 13, 2015

MEDIA BARAT PUNCA ISLAMPHOBIA


Penyakit Islamphobia mula menyerang umat manusia di abad ke 21, saya cukup yakin salah satu sebab utama penyakit ini timbul adalah berpunca dari MEDIA ! terutama media barat. Media barat seringkali menyebarkan sesuatu yang tidak benar berkenaan agama Islam.

Oleh itu, adalah menjadi cabaran utama setiap umat Islam untuk menunjukkan apakah itu ajaran Islam yang sebenar. Saya sedar tidak semua dikalangan umat Islam itu faham sepenuhnya ajaran Islam. Sesetengahnya dari mereka memilih keganasan sebagai jalan untuk berjuang dalam Islam. Dalam mana-mana masyarakat termasuk bukan Islam, memang terdapat golongan yang memilih keganasan sebagai jalan menyelesaikan masalah. keganasan bukan milik mana-mana agama. Bahkan tidak ada agama yang menghalalkan keganasan.



Namun lihatlah apa yang Media barat lakukan, mereka "potretkan" keganasan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam dengan menyatakan "lihatlah....inilah yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya".

Apa yang perlu kita lakukan ialah mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti mana yang terdapat dalam Al-Quran yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Jika terdapat umat Islam yang membuat sesuatu yang menyalahi ajaran Islam, memilih keganasan sebagai jalan perjuangannya serta membunuh manusia yang tidak bersalah, adalah menjadi kewajipan kita untuk menyedarkan mereka bahawa perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa.
Memang ada segelintir dari umat Islam yang jauh terpesong, minda mereka didoktrinkan bahawa membunuh manusia termasuk bukan Islam adalah dari ajaran Islam dan mendapat ganjaran pahala. Jadi inilah tugas kita untuk berusaha membetulkan pemikiran mereka dan mencegah mereka dari terus jauh terpesong.

Dan menjadi kewajipan kepada kita juga untuk menerangkan kepada mereka samada Islam atau bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mencintai keamanan, Islam seharusnya menjadi penyelesai masalah, bukannya menimbulkan masalah.
Pernah seorang Ahli Parlimen pembangkang di Malaysia mengaitkan institusi pendidikan Islam terutamanya pondok dengan kegiatan keganasan. Ini kerana penglibatan beberapa individu yang berpendidikan Islam dalam kegiatan ISIS di Syria. Oleh itu Datuk Mashitah Ibrahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan  Pondok Malaysia  menyarankan sebuah undang-undang untuk mengawal pergerakan sekolah pondok bagi mengelak ia menjadi pusat penghasilan pengganas militan.



Saranan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim  amat tepat dan kena pada masanya. Kawalan ke atas institusi pendidikan Islam terutamanya  sekolah pondok pastinya membawa banyak manfaat kepada para pelajar dan juga para penjaga dan ibubapa yang meletakkan harapan tinggi kepada mereka.  Dengan adanya ‘kawalan’ maka keadaan premis dan juga silabus pembelajaran tentunya perlu menepati standard tertentu, sekali gus memastikan keselamatan pelajar dan kualiti sekolah tersebut.


"Kita seharusnya menyingkirkan sangkaan buruk mereka tentang Islam. Salahfaham tentang ajaran Islam ini dapat dilenyapkan jika kita berusaha menujukkan contoh terbaik sebagai umat Islam, umat yang sederhana, progresif, berakhlak mulia, umat yang bertoleransi dan menyintai keamanan".
Saya yakin jika ini yang kita tunjukkan, salahfaham ini sikit demi sedikit akan terhakis dari kejahilan minda mereka tentang agama Islam. In sya Allah.
sekian.