Wednesday, March 11, 2015

GST - BEBAN ATAU FAEDAH KEPADA RAKYAT ?

GST
Umum mengetahui GST akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2015..(sama pula tarikh birthday saya..adoi). Tak pasti kenapa kerajaan pilih hadiah harijadi ini utk saya tahun ini.
Saya telitikan pandangan umum tentang isu ini. Ramai yg menunggu dan lihat...dan ramai juga yg bersuara. Dari 10 yang bersuara secara peribadi dgn saya, 9 menentangnya. Saya sendiri tidak pernah walau sekali menyentuh isu GST untuk diulaskan utk tatapan umum kerana saya tidak akan bercakap perkara yg saya sendiri tidak pasti dikhalayak umum.
Secara peribadi, saya tidak mampu berkata ya atau tidak kerana saya tidak fasih isu GST. Kesimpulannya, kerajaan telah gagal untuk memberi penerangan jelas tentang implikasi pelaksanaannya kepada rakyat. Harus diingat, kerosakan yg bakal ditanggung kerajaan jika ianya tidak diterima rakyat selepas 1 April adalah manifestasi awal keputusan pilihanraya umum yg akan datang.
Kerajaan telah menjalankan sessi penerangan ke seluruh negara tetapi rakyat masih tidak memahaminya. Adakah ianya salah rakyat atau salah kerajaan dalam mendidik rakyat ttg GST? Kerajaan mewar-warkan tentang faedah ekonomi utk rakyat...adakah kerajaan telah membentangkan dgn jelas kajian2 yg dijalankan utk membuktikan ianya akan berjaya? Adakah penurunan harga barangan tertentu akan setimpal dgn kenaikan kos barangan tertentu yg lain. Sekiranya di congak dgn adil dan praktikal, adakah MAJORITI rakyat akan mendapat FAEDAH jelas berbanding BEBANAN?
Mungkin saya bercakap terlalu lewat, namun tiada yg terlambat sebelum ianya benar2 terjadi.
Salam sanubari rakyat,