Sunday, January 25, 2015

UMNO MENYELAMAT PAS DARI PARASIT PASMA



Setelah bertahun-tahun berusaha menyedarkan bahawa didalam organisasi PAS ada musang berbulu DAP dan PKR, akhirnya terbukalah hijab kemunafikan beberapa pemimpin musang berjanggut dan serigala jadian yang menjadi duri dalam daging selama ini.

Dengan tertubuhnya PASMA, maka terbongkarlah segala perancangan sulit DAP dalam usaha mengucar kacirkan pentadbiran PAS. Sebab itulah dahulu aku ada sebut, jika UMNO tumbang - PAS pun akan lenyap, kerana UMNO dan PAS adalah dari perut yang sama.


...Kesimpulannya, yang membela dan mempertahankan Presiden PAS selama ini adalah UMNO yang secara berterusan menentang dan cuba menyedarkan PAS dan Haji Hadi bahawa Tahalus Siasi ini bakal memporak perandakan PAS dan kedudukan beliau sebagai Presiden Parti.

Manakala yang menyokong Tahalus Siasi PAS bersama Pakatan adalah mereka yang ingin menjahanamkan PAS dan menjatuhkan Haji Hadi sebagai Presiden PAS.

Akhirnya UMNO jugalah yang menjadi penyelamat kepada PAS dan kedudukan Presiden PAS.


No comments:

Post a Comment