Tuesday, January 27, 2015

TANGAN GHAIB CUBA JATUHKAN PRESIDEN PAS

KENYATAAN AKHBAR RASMI PEMUDA PAS KUANTAN

TANGAN GHAIB DIKALANGAN AJK PAS PUSAT CATUR REBAHKAN PRESIDEN

Saya melihat usaha menjatuhkan Presiden PAS sedang giat berjalan. Mutakhir ini, golongan PASMAisme seolah-oleh telah hijack program Tuan Guru Presiden anjuran Lanjah Penerangan PAS Pusat di Kuala Kedah sehingga dilihat Tuan Guru Presiden merestui PASMA yang telah disenarai hitamkan oleh PAS Pusat dan MSU.

Terkini, Hanipa dan Khalid Samad secara terbuka membangkang Presiden sendiri berkenaan isu PBT dan dilihat menyokong usaha DAP untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan. Sebagai AJK PAS Pusat, mereka sepatutnya menyokong Presiden berkenaan isu PBT atau paling kurang diam dan bertanyakan Presiden sendiri atau menegur Presiden secara langsung jika itu dirasakan perlu, bukan dengan cara menggunakan media untuk menembak Presiden sendiri. Tindakan mereka berdua dilihat bercanggah dengan Fasal 26 (9)(m) yang menyebut tentang tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat: "Pada amnya menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden."

Saya melihat, terdapat segolongan pemimpin kanan parti dan termasuk AJK PAS Pusat sedang berusaha untuk menjatuhkan Presiden secara tidak bermoral. Tindakan biadap 2 AJK PAS Pusat ini bukan perkara baru, bahkan sejak sekian lama seringkali secara terbuka membangkang Presiden sendiri seperti isu PBT, isu Menteri Besar Selangor dan lain-lain isu yang diketahui umum.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dilihat seolah-olah memberikan perlindungan kepada PASMA sehingga lahirnya golongan PASMAisme. Paling malang apabila golongan PASMAisme ini seolah-olah lebih mesra DAP. Ketika parti dikritik mereka mendiamkan diri, sedangkan mereka menjadi lebih sudu dari kuahnya apabila menyokong dan mempertahankan DAP dalam menentang Presiden sendiri.

Saya menyeru kumpulan yang tidak bermoral ini supaya berhenti dari berterusan bersikap demikian termasuk 2 orang AJK PAS Pusat, Hanipa dan Khalid Samad.

Saya menggesa 2 orang ini supaya berhenti bersikap tidak bermoral atau meletak jawatan daripada AJK PAS Pusat bagi menghormati perasaan ahli.

Saya rasa agak mustahil untuk membuat laporan disiplin bagi tujuan tindakan disiplin diambil ke atas mereka kerana golongan PASMAisme ini menguasai lebih separuh daripada AJK PAS Pusat.

Fadhli Ibrahim,
Ketua Pemuda PAS Kuantan
Merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang.

No comments:

Post a Comment