Tuesday, November 25, 2014

Ahli DAP Pulau PInang Dah Mula Luahkan Tidak Kepuasan Hati, Terhadap Pentadbiran Lim Guan Eng

PENANG FOR PENANG !
Terima kasih, Tuan Speaker! Nama saya ialah Shamsher Singh Thind dan nombor perwakilan saya ialah PP 0334.
Sejak dua pilihanraya umum yang lepas, DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh dipisahkan lagi. Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencerminkan budaya parti DAP. Oleh itu, dalam perbahasan saya hari ini, saya ingin bertanya beberapa soalan kepada pemimpin-pemimpin DAP Negeri yang juga merupakan ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan saya minta Speaker tolong minitkan.

1. Siapa yang design poster untuk konvensyen tahun ini? Saya nak tahu Seberang Perai ini sebahagian daripada Pulau Pinang atau tidak? Jika ya, kenapa peta Seberang Perai tak ada dalam poster ini? Memang tidak dapat dinafikan, Seberang Perai ialah anak tiri Negeri Pulau Pinang.

2. Apakah nama ibu negeri Pulau Pinang? Jika jawapannya ialah “George Town”, kenapa tiada “Goerge Town” dalam alamat Ketua Menteri Pulau Pinang. Alamat Ketua Menteri ialah Tingkat 28, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tiada George Town.

Kalau tuan-tuan pergi ke George Town, tiada satu pun lorong, jalan atau lebuh yang ada poskod “George Town”? Semuanya poskod “Pulau Pinang”?

MPPP tidak lama lagi akan dinaiktaraf menjadi MBPP. Tuan-tuan tahu apakah nama bandaraya baru tersebut? Namanya ialah Bandaraya Pulau Pinang, dan bukannya Bandaraya George Town.

Memandangkan George Town sudah lama mati, nama ibu negeri Pulau Pinang ialah Pulau Pinang.

3. Bayaran tol Jambatan Pulau Pinang. Pengguna van biasa dikenakan sebanyak RM 12.00 (RM 9.60) tetapi pengguna van mewah seperti Alphard, Vellfire atau Starex hanya dikenakan bayaran RM 7.00 (RM 5.60). Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga hari ini tidak pernah membuat apa-apa kenyataan media untuk tanya Kerajaan Persekutuan mengenai ketidakadilan ini.

4. Pada tahun 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang kutuk MB Terengganu kerana membeli kereta Mercedes. Berikut adalah kenyataan beliau yang dilaporkan media:
“They could have even purchased Toyota ... the leading car brand in the world, overtaking even General Motors and ... much cheaper than Mercedes Benz ... UMNO must do something about this. Its leaders are living luxuriously while the people are suffering ...”

Tetapi pada awal tahun ini, saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes Benz.

5. MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar-pelajar di Kolej PTPL yang letak kereta mereka di sepanjang Jalan Dunlop, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah.

6. Pengerusi Negeri dan Setiausaha Agung berucap dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Saya tertanya kenapa perlu berucap dalam bahasa Mandarin. Bukankah kita semua rakyat Malaysia dan faham bahasa kebangsaan? Mungkin tiba masanya kita perlu fikir semula tentang keberkesanan 4sekolah jenis kebangsaan.

Sekian, terima kasih.
Shamsher Singh Thind
Pensyarah Undang-Undang 

No comments:

Post a Comment