Tuesday, November 25, 2014

Elemen Kos Penentuan Harga Minyak


Kos Produk + Alpha + Kos Operasi + Margin Untuk Keuntungan Syarikat Pengeluar Minyak + Margin Keuntungan Untuk Stesyen Minyak + Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan & Subsidi

Apa itu Kos Produk?
- Penentuan kos produk minya adalah berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPs) yang diterbitkan oleh Mcgraw Hill Companies yang berpengkalan di Singapura.Syarikat McGraw akan membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari.

- Berbeza dengan harga minyak mentah dunia (Crude Oil) yang dikeluarkan NYMEX, harga yang ditetapkan oleh Platts adalah harga minyak yang telah siap diproses (Refined Oil).

- Oleh sebab itu, harga Platts adalah lebih tinggi berbanding harga Crude Oil.

Apa itu Alpha?
- Alpha adalah perbezaan di antara harga yang diterbitkan oleh Platts dan harga sebenar yang dibeli oleh syarikat minyak.

- Parameter ini ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada nilai 5 sen seliter untuk petrol.

- Sekiranya harga minyak yang dibeli lebih tinggi dari harga Platts dan melebihi parameter Alpha, maka syarikat minyak akan menanggung lebihan kos tersebut.

Apa itu Kos Operasi?
- Ini adalah kos-kos operasi seperti kos pengendalian, kos pengangkutan dan kos pemasaran.

- Kadar pada tahun 2009 adalah 9.54 sen per liter untuk petrol di Semenanjung. Untuk tahun 2014, pasti kos operasi ini sudah berubah.

Apa itu Margin untuk keuntungan syarikat pengeluar minyak?
- Margin untuk keuntungan syarikat pengeluar minyak telah ditetapkan pada kadar 5 sen untuk setiap liter petrol.

Apa itu Margin keuntungan untuk stesyen minyak?
- Margin keuntungan untuk stesyen minyak ditetapkan pada kadar 12.19 sen per liter bagi petrol

Apa itu Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan & Subsidi?
- Kerajaan dibenarkan mengutip cukai jualan semaksimum pada kadar 58.62 sen per liter, tetapi kerajaan tidak pernah mengutip cukai jualan hingga kini