Sunday, August 10, 2014

PAS Wilayah Persekutuan Pertahan Keputusan Majlis Syura Ulamak, Utama Kepentingan Rakyat


Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 9 Syawal 1435 yang lalu yang telah memutuskan mempertahankan kedudukan Menteri Besar Selangor selagimana tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
PAS Wilayah Persekutuan juga turut menyeru supaya seluruh pemimpin dan ahli PAS di seluruh peringkat parti supaya memberikan sepenuh ketaatan terhadap badan tertinggi PAS tersebut. Sokongan kami ini adalah setelah melihat kepada kemaslahatan dan kepentingan rakyat Selangor yang sememangnya dan seharusnya menjadi keutamaan perjuangan Pakatan Rakyat.
Perjuangan yang berprinsip hendaklah menjadi landasan dan keutamaan Pakatan Rakyat di dalam usaha menggantikan kegagalan Umno Barisan Nasional dalam menguruskan kebajikan rakyat negara ini.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
Hj Mohamad Nor Mohamad
9hb Ogos 2014
13hb Syawal 1435

No comments:

Post a Comment