Sunday, August 10, 2014

ANWAR JANGAN SAMPAI TERSADUNG ....BERDARAH HIDUNG NANTI ...!!!


Kalau nak diikutkan perkiraan pada hari ini, pemecatan Khalid akan memberikan kesan besar terhadap Anwar Ibrahim dan PKR. Kalau nak diikutkan daripada percaturan kiraan undi dalam sidang DUN, jika PAS tidak menyokong DAP dan PKR, maka kedua dua parti tersebut hanya mempunyai 28 kerusi sebelum di tolak seorang ADUN yang menjadi speaker. Jika speaker di kecualikan maka DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi dimana DAP mempunyai 14 kerusi dan PKR mempunyai 13 kerusi. Dan kini, PAS mempunyai 15 kerusi, Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi dan satu kerusi bebas iaitu Khalid. Memang ada yang mengatakan bahawa undi Speaker adalah undi penentu tetapi itu hanya akan berlaku sekiranya kedua dua pihak memiliki kerusi yang sama banyak atau undi yang sama banyak. Tapi dalam keadaan sekarang, DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi berbanding dengan PAS, BN dan Bebas mempunyai 28 kerusi dan ini bermakna jika 28 ADUN ini menyokong Khalid maka satu kerajaan campuran akan wujud di Selangor dan ini sebenarnya kesilapan dalam congak kira kira Anwar. Itu belum kira kalau ada geng Khalid dari PKR yang akan menyertainya, atau ada geng PAS yang tak menyokong Khalid dikekalkan. Jadi sekarang Anwar sendiri dah checkmate dengan matematik yang dicipta oleh beliau sendiri, selamat jalan Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment