Sunday, August 10, 2014

KHALID IBRAHIM MULAKAN LANGKAH... SAMAN PKR!!!



Sepatutnya pukul 4:00 petang ini, Ahli Lembaga Disiplin PKR yang penuh misteri keanggotaannya akan bersidang dan memecat Khalid Ibrahim daripada keanggotaannya dalam PKR. Keputusan telah dibuat mengikut arahan Anwar Ibrahim yang berasakan memecat Khalid lebih mudah berbanding memujuknya bagi memberikan laluan kepada Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun ternyata, tindakan Anwar Ibrahim menggunakan Lembaga Disiplin PKR itu telah mengubah senario. Anwar dan Lembaga Disiplin PKR terpaksa mendedahkan sesuatu yang sangat mereka rahsiakan selama ini.

Khalid Ibrahim menerusi Peguam Tetuan Bon telah menghantar sepucuk surat 3 mukasurat mengancam akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya apa-apa perkataan yang menyebut tentang Khalid Ibrahim, keanggotaannya dan jawatan Menteri Besar disebut dalam mesyuarat Ahli Lembaga Disiplin PKR yang dipengerusikan oleh Dr. Tan Kee Kwong jam 4:00 petang nanti.

Perkembangan baru yang amat menarik kerana Khalid Ibrahim sedang mengotakan janjinya bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan hancur berkecai sekiranya PKR dan Anwar Ibrahim tetap berkeras mahu memecatnya!-Tok Guru.

No comments:

Post a Comment