Sunday, August 10, 2014

#DAP takkan berani ugut lagi : DEWAN ULAMAK PAS AKUR JIKA PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT.


SHAH ALAM: Krisis Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila Dewan Ulama PAS berkata akan menerima hakikat sekiranya parti itu terpaksa keluar daripada gagasan itu susulan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.
Pemangkunya ketuanya, Datuk Ahmad Yakob juga berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim bebas untuk memohon untuk menyertai PAS susulan pemecatannya oleh PKR semalam.

"Terpulang kepada dia untuk sertai PAS kerana beliau bukan lagi ahli PKR. Apapun kita menunggu hasil perjumpaan beliau dengan susulan Selangor untuk beliau menyusun langkah selanjutnya,"
kata beliau kepada pemberita.
Ahmad menegaskan PAS rela "bersendiran" jika akar umbi dan pemimpin parti itu memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.
Satu kenyataan yang dijangka cukup menakutkan Anwar Ibrahim dan DAP itu sendiri.
Gerenti cabaran DAP yg lebih bersifat ugutan agar PAS keluar dari pakatan Rakyat pasti tidak akan kedengaran lagi.

No comments:

Post a Comment