Monday, August 11, 2014

DAP , PKR..., BESOK JUMPA SAYA ...!!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan khas bersama Exco Kerajaan Negeri esok bagi mengetahui pendirian mereka terhadap kepimpinannya.

Menurut Abdul Khalid, pertemuan itu akan melibatkan Exco dari PKR dan DAP untuk bekerjasama dan memberi kepercayaan kepada beliau bagi mengendalikan mesyuarat Exco dan menerajui kerajaan negeri selepas PKR memecat keahliannya.

“Saya akan bertemu dengan wakil dari PKR dan DAP esok untuk mengetahui persediaan mereka untuk bekerja dengan saya," kata kepada pemberita di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Khalid juga menegaskan, mana-mana Exco yang tidak boleh bekerja dibawah pentadbirannya dinasihatkan untuk meletak jawatan.

"Saya akan terus menjalankan tanggungjawab dan jika mereka (Exco) tidak setuju dengan saya, mereka yang patut pergi," katanya.

Abdul Khalid memberitahu, beliau masih boleh meneruskan mesyuarat Exco negeri selepas mendapat sokongan empat ahli Exco dari Pas berdasarkan Undang-Undang Tubuh  Kerajaan Negeri Selangor.