Sunday, January 19, 2014

JANICE LEE DESAK DAP LAKUKAN PERUBAHAN

DAP yang masih berdepan dengan krisis pengesahan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) terus didesak supaya berubah khususnya dalam kepimpinan jawatankuasa disiplin parti agar prinsip demokrasi dan keadilan dapat ditegakkan.
Desakan itu disuarakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang melihat DAP kini dikuasai pemimpin autokrasi selain berat sebelah.
Malah tegasnya, berbanding parti-parti lain, DAP tidak mengamalkan sistem pemilihan secara terus melibatkan kelompok perwakilan yang besar di peringkat nasional serta negeri.
"Di peringkat nasional, wakil-wakil cawangan akan memilih 20 orang calon melalui sistem pengundian. Tetapi jawatan-jawatan penting seperti pengerusi atau setiausaha agung dipilih di antara 20 orang calon yang menang itu.
"Jika sesiapa ingin memegang jawatan penting, individu tersebut hanya perlu mendapat sokongan daripada 10 orang yang menang dalam pemilihan. Ini bermakna, pandangan calon yang menang itu, besar kemungkinan akan bercanggah dengan pandangan kelompok besar perwakilan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, jawatankuasa disiplin parti juga perlu diubah dengan pemegang jawatan pengerusi serta setiausaha jawatankuasa itu tidak seharusnya memegang sebarang jawatan lain bagi mengelakkan percanggahan kepentingan.
"Contohnya, Pengerusi Disiplin parti, Tan Kok Wai merupakan Timbalan Pengerusi DAP. Ini jelas menunjukkan percanggahan kepentingan kerana seorang 'hakim' daripada peringkat pertama tidak harus berada dalam peringkat rayuan dan ini merupakan prinsip asas sistem rayuan yang berdasarkan keadilan semula jadi.
"Cuba lihat sistem yang diamalkan oleh UMNO dan MCA apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin diketuai oleh ahli veteran yang bukan merupakan Ahli Majlis Tertinggi parti, selain mempunyai kelayakan profesional undang-undang. Inilah yang perlu digubal oleh DAP demi menegakkan demokrasi dan keadilan," jelasnya.


sumber

No comments:

Post a Comment