Wednesday, August 21, 2013

OPERASI CANTAS BERMULA , SERANGGGG...!!!


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan sebanyak 119 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara sejak kelmarin.
Antara kesalahan yang direkodkan dalam tangkapan itu termasuk memiliki dadah, senjata tajam, membawa kenderaan curi, orang dikehendaki serta menganggotai kumpulan kongsi gelap.
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah iaitu mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan jenayah boleh ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah tersebut adalah tangkapan sepanjang dua hari operasi berkenaan iaitu 28 orang pada hari pertama dan 91 orang pada hari kedua.
"Mereka ditahan dalam sekatan jalan raya dan pemeriksaan menyeluruh polis terhadap 1,791 individu dan 1,123 buah kenderaan bermula pukul 10 malam sehingga 6 pagi setiap hari.
"Operasi telah diperhebatkan terutama di kawasan Lembah Klang berikutan lokasi berkenaan banyak berlakunya kes-kes melibatkan jenayah kekerasan," katanya.
PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengambil langkah proaktif menubuhkan satu pasukan khas untuk menggerakkan operasi pencegahan jenayah di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment