Wednesday, August 21, 2013

umno bakal diremajakan

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Saranan agar lebih ramai bakat baharu, khususnya golongan muda diberi peluang mengisi jawatan penting dalam pemilihan UMNO Oktober ini dilihat mampu meremajakan parti, sesuai dengan keadaan semasa.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, proses meremajakan parti amat penting, apatah lagi dengan jumlah penglibatan kalangan belia berdaftar sebagai pengundi yang semakin meningkat kebelakangan ini.


Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, disebabkan itu lebih ramai calon muka baharu, khususnya golongan muda diperlukan memegang jawatan dalam parti agar dapat mengimbangi jumlah peningkatan pengundi itu.


"Saya juga yakin mereka yang menawarkan diri itu merupakan calon yang layak serta mempunyai kualiti terbaik untuk dilatih sebagai pemimpin pelapis negara pada masa hadapan.


"Dengan cara itu, UMNO dapat memberi pendedahan kepada calon muda yang menang dan seterusnya mengisi pelbagai jawatan dalam pemilihan parti nanti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di ibu pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di sini hari ini.


Beliau mengulas saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam agar lebih ramai bakat baharu dalam parti diberi peluang mengisi jawatan penting dalam pemilihan Oktober ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.


Mengulas lanjut, Mohd. Shafie mahu mana-mana calon baharu yang ingin bertanding seharusnya berasaskan hasrat mengukuhkan parti.
"Saya juga yakin peringkat akar umbi dapat menilai dan seterusnya membuat pilihan yang bijak dalam memastikan calon yang benar-benar layak mendapat tempat nanti," ujarnya.

No comments:

Post a Comment