Friday, August 2, 2013

DIPLOMAT SEBAR SYIAH DI KESAN

Padang Besar: Wakil kedutaan sebuah negara dari Asia Barat dikesan
menyebar fahaman Syiah di wilayah Satun, Thailand yang menjadi kubu kuat ajaran berkenaan sebelum fahaman itu dipercayai turut menyusup masuk ke wilayah utara di Malaysia.
Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Satun (MAIS) Thailand Abdul Fatah Mohd Diah berkata, penyebaran fahaman itu sememangnya berlaku di wilayah Selatan Thailand, tetapi ia tidak pernah dihalang kerajaan negara gajah putih berkenaan sejak dulu.

Menurutnya, ini berikutan tiada sekatan bagi seseorang mengamal serta menganut agama masing-masing kerana setiap orang diberikan kebebasan.
Katanya, pihaknya difahamkan, penyebaran fahaman Syiah didalangi wakil kedutaan sebuah negara di Asia Barat itu yang akan mendekati orang Islam yang kurang berkemampuan sebelum memberikan bantuan kepada mereka.

“Jika individu itu seorang nelayan, mereka akan memberikan sampan atau bot baru untuk mencari rezeki. Begitu juga petani dan peladang yang akan diberikan bantuan bagi mengajak mereka menjadi pengikut Syiah.

“Setakat ini, fahaman Syiah dikesan tertumpu di wilayah Satun terutama di Kampung Bantong dan Kampung Chelong. Mereka mempunyai gerakan jemaah yang besar dan kuat, malah memiliki dua masjid besar dan mewah di kawasan berkenaan,” katanya.
Abdul Fatah berkata, pihaknya sukar untuk membezakan seseorang itu mengamalkan fahaman Syiah atau sebaliknya kerana ia boleh dikesan jika dilihat mengamalkan ajaran berkenaan secara terbuka.

“TSetakat ini, tiada aktiviti secara terbuka dilakukan pihak itu di Satun dan mereka bergerak secara tersembunyi di kawasan kampung dan kawasan nelayan, di sini,” katanya pada Majlis Jalinan Sinar Perlis-Thailand, di sini, kelmarin.
Ia turut dihadiri Menteri Besar Azlan Man.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan negeri Ahmad Bakri Ali berkata, pihak berkuasa di negeri ini sudah dimaklum serta diberi taklimat mengenai kegiatan Syiah di Satun, Thailand oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

No comments:

Post a Comment