Friday, August 2, 2013

ANGKA MURTAD DAN KESANNYA

Saya berpendapat , kita jangan mudah terpedaya oleh musuh-musuh Islam yang meletakkan angka murtad sehingga ratusan ribu. Walaupun ada saya tidak fikir ianya sampai ke angka tersebut. 



Kita janganlah pula mudah menghukum orang lain murtad hanya atas khabar angin. Gembirakah kita hidup dalam suasana kafir mengkafir atas andaian semata-mata? Ianya hanya menambahkan porak~peranda dalam masyarakat.
Dengan meletakkan angka sebesar itu, ianya akan melancarkan lagi agenda musuh~musuh Islam. Ia akan menyebabkan dunia menekan negara agar tidak mengabaikan hak jumlah si murtad yang ratusan ribu itu. Secara langsung usaha atas murtad mendapat sokongan dunia luar. 


Dengan jumlah yang besar itu juga akan mematahkan semangat mereka yang ingin menganut Islam dan usaha ke arah mengajak manusia kepada Islam.
Alangkah malunya, ketika umat Islam di dunia barat yang ditekan sedang giat dan berjaya mengislamkan begitu banyak penduduk barat, kita pula kalut malut dengan cerita orang murtad. Padahal tidak ada kerajaan yang memberikan keistimewaan kepada umat Islam di barat. Apatah lagi PERLEMBAGAAN yang boleh dikaitkan dengan Islam.


Di dalam sebuah negara yang banyak masjid , CERAMAH agama sana sini, ada pejabat agama dan mufti , pelbagai pertubuhan Islam yang wujud, termasuk PARTI POLITIK ISLAM , perlembagaan pun meyebut tentang Islam, Ustaz-Ustaznya pun banyak buat keuntungan dengan hasil ceramah agama, mufti-muftinya pun ramai , slogan Islamnya pun banyak kedengaran disana sini, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM contohnya, lalu kita percaya dengan kenyataan ratusan ribu telah murtad. 


Sedangkan umat Islam barat yang lebih mencabar keadaannya mereka mengisytiharkan ratusan ribu memeluk Islam. Bahkan mereka berjaya menukarkan gereja menjadi masjid. Sedangkan tidak ada pun mahkamah syariah pun di negara-negara tersebut. Mereka berdakwah dengan penuh amanah. Tidak hairan manusia disana berbondong~bondong memeluk Islam. 


ADUHAI MALANG NYA KITA JIKA BERLAKU SEBALIKNYA . KALAU BEGITU , BARANGKALI ELOK LAH KITA PENCENKAN SAJA menteri JAKIM , mufti-mufti kesemuanya dan yang sewaktu mereka kerana ternyata gagal mempertahan dan memperjelaskan Islam yang agung kepada umat Manusia.

ASSALAMUAALIKUM, SALAM JUMAAT.

No comments:

Post a Comment