Thursday, June 20, 2013

SURUH SYRIA KE MEJA RUNDINGAN , PAS DENGAN UMNO BILA ?

Konflik Syria; Surat Terbuka Untuk Syria, Iran dan OIC 

Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar pemerintah Syria segera menghentikan sebarang bentuk kekerasan ke atas rakyatnya dan kembali ke meja rundingan untuk mengembalikan keamanan. Kami menyokong penuh pandangan yang pernah dibuat oleh YB Tuan Guru Presiden yang dimuatkan di dalam nukilan beliau "Syria di Persimpangan" yang tegas mahukan semua pihak yang bertelingkah untuk mengenali kawan dan lawan sebenar dan membuka semula ruang dialog bagi menutup peluang campurtangan asing yang kelak lebih merugikan Islam dan umatnya.

Pentadbiran baru Iran di bawah Syeikh Dr. Hassan Rouhani mempunyai peluang untuk mengemukakan penyelesaian baru di dalam konflik ini dengan menghentikan bantuan ketenteraan kepada Syria dan mendesak Hizbollah Lubnan untuk menghentikan campurtangan.

Pada masa yang sama, Iran seharusnya menawarkan kepimpinan politik bersama keanggotaan lain di dalam OIC (termasuklah Malaysia) untuk mencari konsensus baru dengan komitmen untuk mengembalikan kedamaian di bumi Syam dan mengekang campurtangan Barat.

Ianya boleh dimulakan melalui cabang OIC iaitu Majma' Fiqh yang mengumpulkan ulama'-ulama' muktabar bagi mendapatkan kesepakatan ijtihad sebagai sandaran dan dorongan ke arah penyelesaian politik yang lebih jitu di Syria.

Yang lebih penting, ianya akan menjadi mesej yang jelas kepada seluruh Umat Islam khususnya pihak yang berseteru di Syria bahawa konflik yang berlaku memerlukan penyelesaian politik untuk menghentikan konflik berdarah ini.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment