Sunday, June 16, 2013

ORANG MUDA BENCI RASUAH

KUALA LUMPUR - Pemimpin BN yang diterajui Umno perlu melakukan perubahan untuk meneruskan kemenangan pada PRU14, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Menurutnya, pemimpin yang sedang mentadbir kerajaan khususnya Umno perlu melakukan perubahan dalam isu rasuah dan kroni seperti sebelum ini.

Beliau berkata, rakyat paling tidak menyukai pemimpin politik khususnya orang Melayu terlibat dalam isu-isu tersebut yang disifatkan sebagai menjual "hak" kaum.

"Orang muda tak suka rasuah, orang Cina juga tak suka rasuah. Mereka anggap orang Melayu boleh dibeli, orang Melayu jual haknya pada orang lain.

"Kalau orang politik susah sikit nak tangkap, kalau pegawai kerajaan sudah banyak kita tangkap, jadi itu sebab kita kena berubah, bagi khidmat kepada semua kaum," katanya pada Forum Rakyat : Melayu Islam Bersatu? di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Musa juga berkata sekiranya ketua kerajaan mahu dikekalkan dibawah pentadbiran orang Melayu, pemimpin kaum tersebut juga perlu terbuka dengan mengekalkan ciri ke Islaman.

"Kita kena terbuka, kita kena ubah persepsi bahawa pentadbiran orang Melayu adalah terbaik, kalau kita berubah Insya-ALLAH semua suka.

"Kita akan terus kekal menjadi pemimpin negara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment