Sunday, June 2, 2013

BN BERTINDAK BIJAK

Barisan Nasional (BN) akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang kata Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Menurut beliau semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.
Dalam sidang media itu, Najib turut menegaskan, UMNO muncul parti terkuat dalam PRU 13 yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan jumlah dimenangi oleh pakatan pembangkang.
Menurutnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.
Selain itu katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, iaitu daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi.
“Selain itu kita juga mengambil kira kemenangan BN di Perak dan Kedah memandangkan kita kalah di dua negeri ini pada PRU-12 lalu,” katanya dilaporkan Utusan Malaysia.
Najib berkata, UMNO juga mendapat pertambahan undi sebanyak 30 peratus pada pilihan raya umum baru-baru ini berbanding PRU-12.
“Walaupun sukar untuk menentukan secara tepat sebab sebahagian kawasan itu bercampuran, hasil kajian kita mendapati UMNO menerima peningkatan dari segi jumlah undi sebanyak 30 peratus berbanding PRU-12,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, UMNO akan terus berjuang dan dalam masa sama berusaha memantapkan lagi kekuatan parti tersebut sebagai parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini.
Sehubungan itu katanya, mesyuarat MT bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan oleh Muhyiddin untuk mengkaji semula pentadbiran di ibu pejabat.
“Antaranya mewujudkan bidang pengkhususan sepenuh masa dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, latihan, media sosial dan penerangan. Kita mahu mewujudkan tenaga sepenuh masa yang profesional dan berdedikasi dalam menguruskan bidang-bidang tersebut.
“Tujuannya ialah untuk memastikan setiap arahan serta keputusan parti dilaksanakan dengan lebih berkesan,” ujarnya.



PILIH JAWAPAN YANG BETUL UNTUK KUMPULAN YANG PALING BENGONG DALAM MALAYSIA :-
(a) Barisan Nasional Failkan 50 petisyen kepada SPR tanpa perlu buat perhimpunan. 
(b) Pembangkang kumpulkan 5 ke 10 ribu beruk hitam hanya kerana nak buat report fasal dakwat kekal.

No comments:

Post a Comment