Friday, May 3, 2013

SUMPAH LAKNAT SAIFUL DI DEPAN KAABAH

Saiful Angkat Sumpah Laknat Di Mekah, Pertahan Dakwaan Diliwat...
Saiful Bukhari Azlan telah memuat naik video beliau mengangkat sumpah laknat di Mekah yang dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008.


Beliau turut menunjukkan kepada pemberita pada sidang media di sini pada Khamis, dan menegaskan apa yang berlaku merupakan bukti yang dikatakannya bukan satu konspirasi politik.

"Ketika ayah menghubugi saya semalam (Rabu) pagi, saya tidak dapat berkata-kata. Apa yang saya boleh katakan adalah, teruskan," katanya.

Pada Rabu, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim pada Rabu menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.



Pada 11 Mac lalu, Azlan, 60, berkata kes liwat yang melibatkan anaknya itu merupakan sebahagian daripada konspirasi dirancang oleh seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk memusnahkan karier politik Anwar.

Saiful, 29, bekas pembantu peribadi pemimpin Pakatan Rakyat itu, sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan terus konsisten dalam usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya seperti mana yang tercatat dalam laporan polis yang dibuatnya pada 29 Jun 2008.

Bagaimanapun, pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Saiful, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sejak itu, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap tertuduh.

No comments:

Post a Comment