70 pelajar Pondok Tal Tujuh keluar Pas
Sebanyak 70 pelajar Pondok Tal Tujuh di sini, bertindak keluar Pas dan menyertai ahli UMNO selepas kecewa dengan perjuangan parti tersebut.Borang permohonan mereka diserahkan sendiri kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanapi Mamat dalam majlis ringkas di Tendong, di sini malam semalam.
Wakil mereka, Mohd. Hafni Zaini, 24, berkata, dia sebelum ini bergiat aktif bersama Dewan Pemuda Pas dapat melihat perubahan yang berlaku di dalam parti itu yang lebih minat berpolitik berbanding membela nasib rakyat.
"Saya terbuka hati untuk bersama UMNO kerana parti ini menunaikan setiap janji yang dibuat berbanding Pas yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan.
"Kalau dulu saya bertungkus lumus bekerja dalam Pas terutama ketika waktu pilihan raya, kali ini saya akan menyumbangkan tenaga kepada UMNO dan akan menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang itu.
Rakannya, Zaidi Shafie, 28, berkata, dia dan rakan-rakannya membuat perbandingan antara Pas dan UMNO sebelum ini dan mengambil keputusan hanya UMNO yang mampu membantu golongan muda.
"Saya dan rakan-rakan saya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti yang diumumkan Perdana Menteri meskipun ketika itu kami menyokong Pas," katanya.
Sementara itu, Hanapi berharap lebih ramai rakyat terutama golongan muda terbuka hati menyokong UMNO dan BN yang sudah terbukti mampu membela nasib rakyat.
"Saya berharap pada masa ini kita menggunakan akal dan rasional dalam berpolitik bukannya sentimen semata-mata sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Islam.
"Gunakan kewarasan kita untuk berfikir secara rasional siapa yang mampu mentadbir negara ini dan mengekalkan perpaduan kerana inilah perkara yang paling penting dalam pilihan raya akan datang," katanya
No comments:
Post a Comment