Tuesday, April 9, 2013

Polis mula keluarkan mayat pengganas Kiram


Pasukan forensik polis hari ini mula mengeluarkan mayat-mayat pengganas Kiram yang mati dalam serangan pasukan keselamatan ketika Ops Daulat di Kampung Tanduo baru-baru ini.

Setakat pukul 4.25 petang ini, sebanyak lima mayat telah pun dikeluarkan daripada tiga lubang berasingan yang dijadikan kubur oleh kumpulan pengganas terbabit.
Kubur-kubur itu pernah ditemui pihak polis sebelum ini, namun mayat-mayat tersebut tidak dapat dikeluarkan selepas pasukan forensik diserang saki-baki pengganas ketika melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit sebelum ini.


No comments:

Post a Comment