Tuesday, April 2, 2013

PENDUDUK BERSYUKUR DENGAN SUBSIDI

SANDAKAN 2 April - Penduduk Kampung Rancangan Sungai Luboh dekat sini menyambut baik pemberian subsidi RM350 bagi pemasangan meter air kepada 144 rumah di kampung itu.Pemberian subsidi itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga ketika melakukan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi di kampung itu semalam.Hassan Kibing, 55, seorang daripada penerima subsidi itu berterima kasih dengan keperihatinan kerajaan membantu meringankan beban mereka melakukan penyambungan paip air ke rumah.Katanya, kebanyakan penduduk di kampung itu menghadapi masalah kewangan untuk memasang meter air yang memerlukan kos keseluruhan sebanyak RM700."Pemberian subsidi itu akan meringankan beban kewangan penduduk kampung untuk memasang meter air dan menikmati bekalan air bersih," katanya di sini hari ini. - BERNAMA