Friday, April 12, 2013

PENDIDIKAN ISLAM DIANIAYA KERAJAAN

- Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pas menyita bangunan Pondok An Najmiah di Tumpat, Kelantan sebagai penganiayaan terhadap usaha mengembangkan pendidikan Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pas Kelantan tidak sepatutnya menjadikan pendidikan Islam sebagai mangsa hanya kerana pihak pengurusan sekolah itu menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN)."Ini dilihat satu penganiayaan dan kerugian kepada rakyat Kelantan dan memperlihatkan sikap tidak prihatin kerajaan Pas terhadap pendidikan Islam hanya kerana sekolah itu tidak menyokong mereka dan menyokong BN," katanya.

Beliau mengulas tindakan Majlis Daerah Tumpat menyita projek pembinaan sekolah itu semalam dengan alasan dibina tanpa kelulusan pihak tersebut.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui selepas merasmikan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lanadron, Panchor dekat sini, dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Sekolah Parlimen Pagoh, di sini hari ini.Yang turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.Beliau berkata, Kerajaan Pusat memberikan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada sekolah itu kerana prihatin dengan pendidikan Islam serta keselesaan dan keselamatan pelajar memandangkan kerajaan negeri tidak memberikan sebarang bantuan.

Meskipun memahami sekolah itu perlu mematuhi peraturan pembinaan, namun, kata beliau, pihak terbabit sepatutnya membantu dengan memberi nasihat, bukan menghalang menerusi undang-undang sehingga membantutkan usaha pembinaan sekolah berkenaan.Malah, beliau turut mempertikai tindakan Pas yang mengambil tindakan itu selepas pihak pengurusan sekolah tersebut secara terbuka menyokong dan menerima perjuangan BN dalam membela kepentingan umat Islam.

Dalam masa sama, Muhyiddin menafikan pengasas sekolah itu, Abdullah Sa'amah akan menjadi calon BN di kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan poster Abdullah sebagai calon BN sebagai percubaan menjatuhkan maruahnya."Dia (Abdullah) telah menafikan menjadi calon. Perkara ini mungkin dilakukan pihak yang tidak suka kepadanya dan menyebarkan poster yang berniat jahat menjatuhkan maruah tok guru berkenaan."Ini petanda sikap tidak toleransi sebab Pas parti yang ekstrem dalam perjuangan Islam tetapi hakikatnya menentang amal ibadah Islam," katanya.

No comments:

Post a Comment