Sunday, April 7, 2013

MOHON TERIMA PEMIMPIN BISEKSUAL , BOLEH TAK ...???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat digesa menyatakan pendiriannya dan tidak termakan pujukan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengeluarkan fatwa menggalakkan seorang biseksual menjadi Perdana Menteri.


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talib berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak mengendahkan kata-kata manis pemimpin PKR bagi mengelakkan agama dan bangsanya dicengkam oleh pemimpin tidak berakhlak.


''Nik Abdul Aziz hanya berada di belakang PKR disebabkan kepentingan peribadi dan politik beliau, sebab itu Menteri Besar Kelantan itu terus setia bersama pakatan pembangkang.
''Namun dalam hal ini, beliau harus sedar tentang tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan menyatakan pendirian berlandaskan ketetapan Islam dan menolak keburukan akhlak pemimpin PKR yang nyata jauh terpesong daripada agamanya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berhubung dakwaan wujud usaha parti itu untuk memujuk Nik Abdul Aziz supaya mengeluarkan fatwa menggalakkan seorang biseksual menjadi Perdana Menteri semalam.
Sementara itu bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyarankan supaya rakyat tidak memberikan peluang kepada pemimpin yang terbukti rosak akhlak menerajui negara ini.


Menurut beliau, kedudukan agama Islam akan terancam, sekali gus memberi kesan kepada umat Islam khususnya dan negara amnya akibat daripada menerima pemimpin yang rosak akhlaknya.


''Tiada siapa patut mementingkan diri dalam hal ini kerana menolak pemimpin sebegini adalah wajib demi mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya.

No comments:

Post a Comment