Sunday, April 7, 2013

ABU LAHAB DAN ABU JAHAL BERTANDING GUNA LAMBANG PAS


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu membuat pengumuman secara terbuka supaya semua ahli Pas tahu pendirian mereka terhadap tiga perkara utama yang menjadi dasar perjuangan Pas sebelum meneruskan hasrat menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, tiga perkara tersebut ialah penubuhan sebuah negara Islam, perlaksanaan hukum hudud dan ketetapan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.


Beliau berkata, mereka perlu berbuat demikian agar rakyat mampu menilai terutama dalam kalangan ahli-ahli Pas sendiri yang selama ini telah banyak berkorban memenangkan calon-calon dan juga parti sekutunya sama ada di peringkat Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Kesediaan Karpal dan Kit Siang selaku dua pemimpin utama DAP untuk menggunakan simbol Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah sesuatu yang amat menarik. Persoalannya mengapa Pas dan bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR)?


"Ini juga membawa maksud kesediaan DAP sebagai sebuah parti yang menolak pelaksanaan syariat, menolak kewujudan hukum hudud tetapi bersekutu dengan Pas dalam menggunakan simbol bulan dalam pilihan raya umum nanti," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Bukit Mahkota dekat sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Kit Siang dalam pernyataan menerusi Twitternya baru-baru ini yang menyuarakan hasrat bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP yang kini disiasat ekoran dakwaan berlaku kesilapan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember lalu.
Bagaimanapun kenyataan tersebut menimbulkan keresahan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi, antaranya bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha yang secara tegas menyatakan ahli-ahli pasti akan menghukum Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 jika benar keadaan tersebut berlaku.


Nasharudin sekali lagi berkata, dalam keadaan semua ahli Pas di peringkat akar umbi 'tertanya-tanya', Karpal dan Kit Siang perlu menyatakan komitmen yang jelas kepada seluruh ahli parti itu khususnya dan rakyat Malaysia amnya berhubung isu tersebut.
"Setiap ahli berhak mendapat penjelasan apakah kedua-dua wakil pemimpin utama DAP itu sudah menerima semua dasar dan prinsip perjuangan parti Pas yang sebelum ini telah pun ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama Pas selaku pemegang amanah dan dasar parti selama ini," katanya


Dalam perkembangan berkaitan beliau menegaskan, di dalam sesebuah peperangan, panji-panji pasukan atau kumpulan yang berperang berperanan sebagai pembakar semangat dan lambang kepada pasukan berkenaan.


Malah beliau berkata, sejarah Islam pernah memahat kisah bagaimana para sahabat sanggup bermati-matian mempertahankan panji-panji tentera Islam dalam setiap peperangan yang disertai.


"Pilihan raya juga umpama peperangan. Oleh itu, sesiapa yang mahu menggunakan lambang Pas perlu akur dan menerima dasar-dasar perjuangan parti berkenaan," ujarnya.
Nasharudin berkata, semua pihak terutama ahli-ahli Pas harus sedar akan hakikat bahawa Karpal pernah menyatakan langkah mayatnya dahulu jika mahu tubuh negara Islam.
Menjawab satu soalan Nasharudin berkata, beliau tidak pula mendengar tawaran untuk menggunakan lambang Pas itu telah dibuat oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub.


"Namun begitu, jika benar saya tidak fikir beliau merujuk perkara ini kepada majlis syura atau kepimpinan tertinggi," katanya lagi
Walau apa pun sebagai ahli Pas, beliau percaya perkembangan itu adalah sebahagian daripada kejayaan parti itu secara istiqamahnya mendidik masyarakat Islam dan bukan Islam.

Termasuk katanya, rakan kongsi politiknya dalam pakatan menerima Islam sebagai agama yang syumul.


No comments:

Post a Comment