Friday, April 12, 2013

DAP SABAH KENA TAMPAR


DAP Sabah hari ini menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).


Edward yang menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam majlis di Kampung Putaton di sini, merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua bertindak meninggalkan parti itu dalam tempoh seminggu.
Minggu lalu, Ketua DAP Kepayan, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO.


Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan).
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga ikhlas melaksanakan pelbagai program transformasi termasuk menunaikan janjinya untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri," katanya.


No comments:

Post a Comment