Friday, April 12, 2013

7 , ANGKA CANGKUL UNTUK DAP KOREK KUBUR MEREKA


Tujuh pemimpin kanan peringkat cawangan DAP diketuai Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun masih menjadi ahli parti DAP.


Menyertai David ialah Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan; Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis dan Naib Pengerusinya, Jesu Dason.


Tidak ketinggalan Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan; Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam dan Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini.


Kesemua mereka merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP hujung tahun lalu.


Pada sidang akhbar di Ladang Regent dekat sini malam tadi, David yang mewakili teman-temannya berkata, sebab utama mereka beralih sokongan ialah selepas meneliti manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami semua sokong BN pada PRU-13 ini selepas melihat manifesto BN adalah aku janji tulen, yang nyata membela kaum India berbanding pembangkang yang tidak mengiktiraf itu sebagai aku janji," kata beliau.


Menurut David, beliau bersama teman-temannya sudah lebih 24 tahun bersama DAP, namun agenda perjuangan parti pembangkang itu tidak memihak kepada kaum India.
"DAP membisu dalam isu CEC dan bercakap soal salah taip. Hari ini, isu salah taip dan silap kira timbul lagi dalam pembikinan projek mega DAP termasuk terowong yang menelan belanja berbilion ringgit itu.


"Ketua Menteri (Pulau Pinang), Lim Guan Eng macam budak sekolah, kamu mentadbir negeri, takkanlah asyik silap kira dan silap taip," katanya lagi.
Tambah David lagi, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sering 'diselamatkan' oleh bapanya, Lim Kit Siang dan kerana itulah ahli-ahli di peringkat akar umbi menggelarkan DAP hari ini parti penuh dengan dramatik kerana di dalamnya ada bintang dari 'Bollywood' dan 'Hong Kong'.


Sehubungan itu, selepas ini David dan rakan-rakannya itu akan menjelajah ke seluruh negari untuk mendekati kaum India dan menjelaskan sebab mereka memilih untuk menyokong BN dalam PRU-13.
Pada masa sama, David juga akan berkongsi pengalaman 'ngeri' berada dalam DAP serta mendedahkan bagaimana kaum India 'dipermain-mainkan' dalam parti itu.
"Saya percaya, lambat laun kami akan dipecat sebagai ahli DAP. Tunggulah masa yang sesuai untuk kami keluar beramai-ramai dari DAP ini. Ahli kami di peringkat cawangan juga akan turut sama dibawa menyokong BN dalam PRU-13," jelasnya.


David turut meminta seluruh ahli menolak pemimpin yang ada masalah moral dalam DAP pada hari ini daripada menjadi calon pada PRU-13 kerana ia memalukan parti dan rakyat.
Pada majlis itu juga, beliau turut menerima borang keahlian Persatuan Penyokong BN kaum India Negeri Sembilan daripada penasihatnya, Mohamad Hafidz Jafelis.


No comments:

Post a Comment