BANI ISRAEL DI MESIR
Pada kurun ke-17 Sebelum Masihi, Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Hyksos sepanjang tempoh 2098-1857 Sebelum Masihi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Hyksos bangsa Bani Israel telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Hyksos pada ketika itu dengan penuh penghormatan.
Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.
Di sepanjang pemerintahan Hyksos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmose berasal dari dinasti ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Hyksos dari bumi Mesir.
Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya, maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Hyksos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-
i. Keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Hyksos telah menimbulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
ii. Selepas kekalahan Hyksos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi pada zaman Hyksos.
iii. Sikap mereka yang suka mengasingkan diri daripada masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menyebabkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir.
Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Bani Israel yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang firaun daripada dinasti yang ke-19 bernama Ramesses II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.

No comments:
Post a Comment