Thursday, April 11, 2013

LAHAD DATU: KERAJAAN BINA SEMULA PENEMPATAN PENDUDUK


Pemilik rumah yang musnah ekoran pencerobohan kumpulan pengganas Kiram baru-baru ini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri memutuskan untuk membina semula kediaman mereka secepat mungkin.

memberi tempoh tertentu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kontraktor secepat mungkin untuk diberikan tanggungjawab itu.

Di peringkat awal, kami akan membantu membina semula 20 rumah yang dikategorikan sebagai musnah teruk. Selepas itu, insya-Allah semua rumah musnah akan dibina semula secara berperingkat.

Walau bagaimanapun, tumpuan hanya diberi kepada warganegara Malaysia yang mempunyai geran tanah," katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek ke dua buah kampung terlibat di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah ramai penduduk yang hilang tempat tinggal.
"Langkah seterusnya, sebuah penempatan semula akan diwujudkan di Tanjung Labian dengan tapak tanah seluas 600 hektar untuk penempatan semula sudah dikenal pasti dan diwartakan," katanya.