Tuesday, April 2, 2013

100 LAGI SERTAI KIRAM


Kiram terima anggota baharu?

MANILA 1 April - Akhbar Filipina mendakwa kira-kira 100 lelaki bersenjata menyertai kumpulan pengganas Jamalul Kiram III di Sabah untuk terus memerangi pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.Portal berita philstar.com melaporkan jurucakap kumpulan pengganas itu, Abraham Idjirani sebagai berkata, beliau telah dihubungi oleh adik Jamalul, Azzumudie untuk melaporkan perkara tersebut.Abraham berkata, mereka merupakan orang awam yang berjaya menyelinap masuk ke Sabah, selepas melepasi sekatan pasukan keselamatan di kawasan perairan yang dikawal oleh tentera laut Malaysia dan Filipina."Azzumudie menghubungi saya untuk memaklumkan tentang penyertaan orang awam yang membawa senjata,'' katanya semalam.Agensi berita Filipina melaporkan, asal-usul lelaki bersenjata itu tidak dapat dipastikan, namun sumber menyatakan mereka merupakan anggota puak Tausug dari Mindanao.Jelas agensi berita itu, mereka bergerak dalam kumpulan kecil untuk mengelak dikesan oleh tentera laut Malaysia dan Filipina di Laut Sulu.Abraham berkata, saudara-mara Jamalul yang tinggal di Sabah juga bersembunyi selepas polis Malaysia mula mengambil tindakan terhadap suspek penyokong kumpulan pengganas tersebut."Saudara-mara kumpulan itu kini hidup dalam ketakutan dan bersembunyi di beberapa lokasi," katanya.

No comments:

Post a Comment