Tuesday, March 12, 2013

SIAPAKAH BELIAU...? ? ?


Pada tahun 1908, Kerajaan Kedah menjemputnya membuka kelas bahasa Inggeris di Alor Star, khusus untuk keluarga diraja dan golongan atasan dalam perkhidmatan Kerajaan. Antara Anak murid beliau ialah Tunku Abdul Rahman yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaya merdeka dan Malaysia. Beliau seorang yang mengutamakan disiplin dan sebab itu beliau tidak disenangi anak muridnya , termasuk bakal perdana menteri pertama. Ini mungkin baginda Sultan sendiri memberi kebenaran kepada beliau untuk menghukum sesiapa yang malas belajar , termasuk dikalangan keluarga diraja. Beliau tidak teragak-agak menjatuhkan hukuman sehingga ada kalanya terpaksa mengunakan rotan halus.

Kami semua gerun dengan beliau meskipun tidak seorang pun yang pernah dipukulnya. Sebenarnya beliau tidak pun perlu memukul kerana bunyi batuknya sahaja setiap kali balik ke rumah, sudah cukup untuk membuat kami segera mengambil buku dan menyiapkan kerja sekolah. Kami belajar bersama di sebuah meja besar diruang tamu dan cuma berhenti untuk makan malam.

No comments:

Post a Comment