Wednesday, March 13, 2013

KITA BANGSA MERDEKA


Kebanyakkan jenis bangsa eropah ini berkelakuan seolah-olah mereka lebih hebat daripada orang lain dan lebih pandai daripada orang asia. Di dalam akhbar dan majalah mereka tidak sudah-sudah mengkritik kepimpinan di asia terutama di Malaysia , mereka berpendapat mereka lebih baik daripada orang Melayu dalam hal pentadbiran. Mereka tidak habis-habis memberi nasihat yang tidak diminta dan tidak pula berasa malu. Adakah mereka sudah lupa bahawa Malaya adalah sebuah negara yang miskin dan mundur sewaktu mereka menyerahkannya kepada orang Melayu pada tahun 1957?
Mereka berpandapat kita patut menjulang demokrasi liberal yang mereka amalkan tanpa memperduli hakikat bahawa komposisi agama , sosial , budaya dan ekonomi kita sangat berbeza dengan mereka. Hari ini kita dapat lihat sudah ada orang-orang Melayu yang berkokok seperti mereka melaungkan demokrasi liberal ala barat. Mereka sudah tidak menghiraukan akar umbi agama dan budaya bangsa melayu. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kedaulatan agama , bangsa dan negara kita dari ancaman kuasa asing , saya yakin kita akan terjajah sekali lagi, dan kali ini mungkin akibatnya lebih buruk dari yang pernah kita alami dahulu.
Ingatlah 450 tahun bangsa kita di jajah bukan satu tempoh masa yang pendek. Kita masih lagi negara yang baru merdeka baru 55 tahun, tidak sampai pun 100 tahun. Masih jauh perjalanan bangsa kita untuk mencapai satu tahap yang lebih membanggakan. Janganlah kita menjadi satu bangsa yang mudah lupa kepada sejarah negara.
PILIHAN DI TANGAN KITA SAMADA INGIN TERUS MEMERINTAH DENGAN CARA KITA SENDIRI ATAU MELANTIK SEORANG BONEKA SEBAGAI PEMIMPIN.