Saturday, March 9, 2013

KENAPA CUBA TARIK KERAJAAN FILIPINA

As'salamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh , Salam Sayang, Salam Muhibbah , Salam 1 Malaysia.

Syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini kita masih lagi dapat menghirup udara keamanan , kemakmuran dan kemerdekaan di tanahair kita. Namun di penghujung nun di sana , salah satu Wilayah di dalam negara kita diancam oleh pengganas yang mendakwa mereka adalah pejuang Islam.
Mereka menuntut wilayah itu untuk di lepaskan kepada mereka. Kononnya mereka ada hak berdasarkan diatas beberapa fakta yang kurang jelas.
Yang menjadi kemusykilannya, kenapa wilayah yang di tuntut ini hendak di bawa masuk ke dalam Filipina ? Bukankah Filipina ini negara kristian ? Bukankah mereka dahulu beria-ia sangat menentang berjuang untuk membebaskan wilayah mereka dari kerajaan Filipina.
Mereka mengelarkan diri mereka tentera Jihad, tetapi disebaiknya mahu Filipina bersama mereka merampas wilayah kekuasaan orang Islam untuk di masukkan ke dalam Filipina.
Sesuatu yang menjadi tanda tanya kepada kita.....siapa mereka dan apa matlamat perjuangan mereka ?