Saturday, March 23, 2013

Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah ( 1876 - 1909 )




Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Thmaniah Terakhir) dan Bagaimana
Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah

( 1876 - 1909 )


Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang
tidak akan dilupakan oleh sejarah.
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di
Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut
bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota
Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil
rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.


“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap
keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid
tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu.
Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul
Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan
Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan
menahan marah.


Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang
bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi
di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan
pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan
Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif
mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.


Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di
Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan
Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk
menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita
hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu.
Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha
menyambung katanya.


Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang
seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim
membawa adik beradiknya ke dalam bilik.


“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku
bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan
aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta
pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh
rombongan itu dibantah.


Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.
Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul
Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam
itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,
dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir
umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.


Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan
sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu
Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq
r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan
pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.


“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh
kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.


Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan.
Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke
Salonika di Greece penuh misteri.


“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian
itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat
baginda.

No comments:

Post a Comment