Tuesday, February 12, 2013

NILAI BUDAYA YANG DI BAWA

Mengikut budaya barat zaman ini, individu adalah raja dan bebas daripada sebarang larangan dan peraturan.Seseorang harus membuat apa sahaja mengikut kehendak hatinya. "Do your own thing" dijadikan slogan. Dengan itu yang menjadi mangsa pertama ialah agama. Dengan tidak lagi takut kepada balasan terhadap kesalahan yang dibuat maka institusi perkahwinan dan keluarga diketepikan.Bersekedudukan menjadi amalan biasa. Anak tidak lagi kenal bapanya. Amalan homosex diterima dan diiktiraf oleh undang- undang.

Nilai dan budaya masyarakat ini bertukar sehingga yang buruk dianggap baik dan yang baik dianggap buruk. Bersopan- santun, kemas berpakaian, tertib dan berkelakuan senonoh digantikan dengan apa sahaja yang menidakkan nilai lama.Keganasan, jenayah, penggunaan dadah dan berbagai-bagai amalan yang jijik dibangga dan diterima oleh masyarakat.

 Dengan runtuhnya cara dan nilai yang murni, masyarakat yang dahulunya begitu kemas dan maju sudah mula luntur dan lemah. Kemampuan untuk bersaing sudah merosot dan tanda- tanda keruntuhan masyarakat sudahpun ternampak.

Malangnya oleh kerana perubahan nilai dan budaya ini berlaku dalam masyarakat yang dahulunya maju dan menjadi contoh yang kita tiru, maka masyarakat kita terus meniru juga perubahan ini tanpa mengambilkira akan kesannya. Oleh kerana masyarakat membangun seperti kita belum mempunyai kekuatan ketahanan, penerimaan amalan dan budaya buruk daripada masyarakat maju akan membawa kesan yang lebih buruk kepada kita.

 Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun yang ingin mencapai tahap kemajuan yang tinggi. Menerima cara dan budaya yang membawa kemajuan daripada negara yang maju memang waras. Tetapi kita harus kenal dan faham apa yang sedang berlaku sekarang dalam masyarakat maju. Mereka sedang menuju kepada kemunduran dan kehancuran kerana mereka taksub dengan prinsip kebebasan individu dan telah mengugurkan nilai-nilai dan budaya lama mereka. Kita tidak harus menjadikan mereka contoh bagi kita. Sepatutnya kita terus pegang kepada budaya dan nilai lama yang jelas membawa kemajuan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment