Tuesday, February 12, 2013

PROSES BANGSA CINA SEBELUM KE MALAYA

Sejarah Negeri China adalah penuh bergelombang dengan berbagai-bagai malapetaka baik dalam bentuk bencana alam mahupun akibat perbuatan manusia sendiri. 4000 tahun yang lalu telah berlaku bencana banjir yang amat besar dan banjir besar begini biasanya diikuti pula oleh kekurangan makanan sementara itu penceroboh dari luar, Maharaja2 dan pembesar2 menganas di seluruh pelusuk negara tersebut. Bagi orang cina kehidupan mereka adalah satu perjuangan yang berterusan dalam proses ini mereka yg lemah dari segi mental dan fizikal akan tewas kepada mereka yang kuat dan rajin berusaha. Proses ini dan juga pertarungan untuk hidup berlaku generasi demi generasi, selama 4000 tahun atau lebih, dimana mereka yang kuat sahaja akan kekal. Seolah2 itu belum mengcukupi, adat orang cina melarang perkahwinan dari kalangan rumpun keluarga yang sama. Ini menyebabkan berlaku lebih banyak peranakan dari keluarga yang terasing daripada pembiakan keturunan yang sama. Cara ini adalah berbeza dari org2 melayu yang lebih cenderung amalan perkahwinan sesama keturunan. Adat orang cina ini ialah untuk melahirkan ciri dan baka yang baik yang boleh memudahkan kehidupan mereka serta menambahkan lagi pengaruh alam sekitar keatas orang2 cina.

Di samping menderita akibat malapetaka semula jadi dan peperanagan yang berlaku berulang kali, orang-orang cina terpaksa pula menghadapi penindasan dari maharaja-maharaja dan pembesar-pembesar serta pegawai-pegawai mereka yang sentiasa mengganas. Dalam keadaan begini, kalau hendak hidup dan menikmati kesenangan hendaklah pandai memenuhi kehendak-kehendak perintah tadi.Orang-orang cina sudah begitu cekap dengan keadaan seperti ini hinggakan sistem hubungan diantara rakyat biasa dengan para pegawai menjadi ciri yang terkenal dalam masyarakat cina. Pegawai-pegawai itu pula melindungi rakyat kerana menjaga kuasa mereka sendiri lebih daipada sebagai tanggungjawab mereka. Dari sistem ini maka membiaklah pertubuhan sulit sebagai satu cara untuk memberi perlindungan yang dikatakan tadi. Orang-orang cina yang telah berpindah ke pulau-pulau dan tanah semenanjung Asia Tenggara telah pun mengalami pengaruh alam sekitar, keturunan dan lain-lain faktor. Mereka yang meninggalkan Negeri China untuk mengadu nasib di seberang laut adalah orang-orang yang berhati cekal dan rajin berusaha. Seperti juga penghijrah-penghijrah yang terdapat di seluruh dunia, orang cina yang meninggalkan negerinya adalah mereka yang tidak puas hati dengan keadaan nasib mereka dan mempunyai keinginan mahu membaiki kehidupan mereka dan sudah tentulah kerana azam mereka akan berusaha ke arah matlamat itu. Demikian pulalah orang cina yang datang ke Tanah Melayu, dan mendapat galakkan dari pihak British, mereka lebih cekal menghadapi cabaran dan rajin berusaha.

Orang-orang melayu yang selama ini lemah disebabkan oleh pengaruh keturunan dan alam sekitar tidak berupaya untuk terpaksa mengalah. Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh orang melayu, orang cina boleh melakukannya, tetapi dengan lebih baik dan lebih murah. Lama kelamaan pendatang-pendatang cina yang mempunyai keazaman yang kuat dan rajin bekerja mula mengammbil tempat perniagaan-perniagaan kecil dan semua kerja mahir yang dahulunya diusahakan oleh orang melayu. Apabila kekayaan mereka mulai bertambah hubungan sosial mereka juga bertambah. Dari pengalaman yang diperolehi di negeri asal mereka, pendatang-pendatang cina ini tidak lama kemudian telah mewujudkan corak hubungan yang serupa antara pegawai-pegawai dan pedagang-pedagang, seperti yang terdapat di Negeri China.

Dengan memenuhi kehendak-kehendak golongan pemerintah, secara terang-terang orang-orang cina telah mengukuhkan lagi kedudukan mereka di bandar-bandar serta membantu mereka menguasai sepenuhnya kegiatan ekonomi. Bandar-bandar mula bertukar wajah. Kedai-kedai kecil milik orang melayu kini telah digantikan dengan deretan kedai-kedai cina. Apabila bilangan pendatang cina semakin ramai, maka perniagaan mereka pun turut berkembang, harga tanah di kawasan bandar turut naik. Orang melayu Mula tertarik dengan tawaran harga yang tinggi bagi tanah-tanah mereka. Mereka mula menjual tanah mereka lalu berpindah semakin jauh dari pinggir bandar. Pola perubahan begini telah wujud apabila pihak British mula mentadbir negara ini. Pihak British sedar akan daya usaha orang-orang cina dan kalau pendatang-pendatang cina itu kaya maka keadaan ini akan menguntungkan pula perniagaan British. Orang cina bukan sahaja menyediakan infrastruktur bagi perjalanan perniagaan import-eksport British, malah kekayaan orang-orang cina akan menguntungkan pasaran barangan British. Pihak British telah menggalakan kemasukan lebih ramai pendatang-pendatang cina ke Tanah Melayu, dan akhirnya lahirlah bandar-bandar dengan ciri-ciri seperti yang terdapat di bandar Malaysia pada hari ini.

Orang-orang cina menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang cukup singkat dan masih ingat kehendak pulang ke Negeri China. Beginilah permikiran yang wujud dikalangan orang cina kerana berpendapat bekerja sebagai pentadbir kurang menguntungkan. Mereka membiarkan pentadbiran negara ini dijalankan oleh orang orang melayu walaupun mereka tidak suka kepada kekuasaan orang melayu. Hal ini mungkin juga kerana orang melayu sedar betapa pentingnya kuasa politik di negara ini dikekalkan. Sebaliknya, kalaulah orang-orang cina sudah mengambil berat dalam bidang poitik sjak di peringkat awal pentadbiran British, Kedudukan orang-orang melayu hari ini mungkun berada dalam keadaan lebih buruk. Orang-orang melayu yang tinggal di bandar-badar kebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai rendah dan juga golongan golongan yang rapat dengan keluarga diraja. Orang-orang melayu ini menjadi lebih sofistikated, lebih berpelajaran dan pandangan mereka juga lebih luas oleh kerana hubungan mereka dengan kaum kaum pendatang. Mereka telah menjadi pentadbir dan kakitangan awam yang baik. Ada juga diantara orang-orang melayu ini berkahwin dengan golongan pendatang, iaitu dengan orang India Muslim dan orang Arab.

No comments:

Post a Comment