Saturday, February 2, 2013
ISLAM itu tinggi..tiada yang lebih tinggi darinya..
Pertahankan Hak Penggunaan Nama Allah untuk Agama Islam Sahaja
Isu ini telah diperkatakan lebih 2 tahun. Namun masih ramai yang keliru tentang hak penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam. Ini disebabkan wujudnya pandangan oleh segelintir agamawan yang mengatakan bahawa tiada dalil yang menyokong larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.
Penghinaan dari pihak-pihak bukan Islam yang terus mencabar hak penggunaan kalimah Allah pula tidak pernah berhenti. Terbaru sekali adalah pada pertengahan bulan Januari 2013. Tindakan biadap ini telah dilakukan melalui sebuah firma guaman terhadap sebuah badan agama Islam negeri. Ini adalah pembohongan kepada masyarakat, walhal keputusan kes berkaitan masih belum muktamad.
Justeru itu, suatu petisyen kepada Raja-Raja Melayu berhubung isu nama Allah dengan kandungan berikut sedang diusahakan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) :
• Menyarankan Majlis Raja-Raja Melayu menetapkan agenda khas untuk perkara ini diperhalusi dan diputuskan tindakannya
• Tindakan tegas ke atas pihak yang terus-menerus mencabar hal ehwal berkaitan Islam menerusi kedegilan mereka membuat tuntutan penggunaan nama Allah untuk agama selain Islam
• Tindakan ke atas pihak yang tidak mempedulikan peruntukan undang-undang berkaitan kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
• Saranan mengeluar titah peringatan kepada pemimpin politik, menerima larangan penggunaan di kalangan selain Islam sebagaimana menurut kedudukan undang-undang sedia ada, serta tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk meraih sokongan politik sempit dan tidak bertanggungjawab.
Perjalanan ummah masih jauh dan panjang ... Marilah bersatu dalam mempertahankan kesucian nama Allah ini untuk agama Islam sahaja. Demi masa depan akidah anak cucu kita di masa hadapan ...
Untuk perkembangan terkini, sila rujuk http://membelaislam.wordpress.com
boleh merujuk pada laman web di bawah.. :
Pertahankan Hak Penggunaan Nama Allah untuk Agama Islam Sahaja
Posted by PEMBINA Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment