Saturday, February 2, 2013
KEBANGKITAN PROFESIONAL MELAYU
Pada akhir 80-an dan awal 90-an, sebahgian besar anak melayu yang sedang belajar dan yang telah pun berijazah dari dalam dan luar negara tidak lagi melihat kerajaan sebagai matlamat hidup mereka sebaliknya telah bersedia untuk memasuki bidang kerja yang lebih mencabar sama ada bekerja sendiri atau menyertai bidang profesional dan swasta.
Perkembangan ini merupakan supplement kepada kebangkitan orang melayu di bandar yang terdiri dari golongan penghijrah kampung selepas peristiwa 13 mei 1969 tetapi kali ini terdiri daripada mereka yang berilmu dan dengan pengalaman akan dapat bergerak dengan lebih teratur dan lebih licin.
Sekiranya dituruti kehendak Lee Kuan Yew supaya orang melayu tidak di berikan advantage sebaliknya mesti terus bersaing dengan bukan melayu terutama dengan orang Cina sejak awal kemerdekaan negara, maka orang melayu yang sudah ketinggalan jauh di belakang terutama dalam bidang pelajaran dan perniagaan, tidak mungkin akan berada pada keadaan sekarang, malah masih dengan identiti sebagai nelayan, petani dan kerja kampung yang miskin.
Hak Istimewa orang Melayu yang dilaksanakan secara radikal sejak Tun Abdul Razak mengambil alih pimpinan negara tanpa memperdulikan konsep Malaysian Malaysia dan angin perubahan yang ditiupkan dari seberang tambak Johor pada akhirnya telah berjaya mempercepatkan pengeluaran suatu barisan profesional Melayu yang bersedia memasuki pasaran moden.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment