Friday, January 11, 2013

PERTEMBUNGAN ULAMA DAN KEPIMPINAN PAS


KENAPA BOLEH JADI BEGINI ...???

Apabila ulama yang sebenar membela agama Allah bertemu dengan ulama jadi-jadian ....
Bolehkah anda tafsirkan dari kata2 mereka , yang mana satu lebih menjurus kepada keredhaan Allah dan yang mana satu menjerumus kepada tipu daya Iblis...???

Selamatkah kedudukan ulama dalam PAS?
Apakah Dewan Ulama PAS masih berwibawa ?
Adakah ini semua salah UMNO ?

Pendirian tegas golongan ulama dalam Pas iaitu hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan kalimah Allah jelas bercanggah dengan keputusan terbaru kepimpinan parti itu.

Ketika Pas bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selepas mesyuarat tertinggi kepimpinan tiga parti itu kelmarin, golongan ulama di dalam Pas atas dasar ilmu yang dimiliki telah menunjukkan pendirian jitu mereka dalam isu tersebut.

Malah pendirian mereka ini begitu konsisten sejak dahulu lagi, walaupun terdapat beberapa pemimpin di dalam Pas, termasuk Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mohamad Sabu secara terang-terangan membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.

No comments:

Post a Comment