Friday, January 18, 2013

ORANG MELAYU PUN BAYAR TAU...!!!



credit to Cucu Uwan ~

Bawani cukup bertuah kerana masih diberikan peluang untuk bercakap. Kak Nikki siap menghulurkan tangan bersalam dengan Bawani. Marah sungguh Bawani bila idola beliau Ambiga telah diberikan gelaran Pencetus Anarki di Malaysia. Kita fahamlah kenapa dia marah. Siapa yang makan cili memang sahih la terasa pedasnya. Beliau bercakap tentang pendidikan percuma. Bebas jugak dia berbicara. Bertuah sungguh Bawani. Kebebasan bersuara itu antara suatu pekikan perjuangan mereka-mereka disebelah sana. Tetapi malangnya, mereka tak mampu menerima hakikat apabila segelintir kita bersuara. Malah datang ke forum dan cuba melakukan provokasi, dengan nada yang semakin tinggi, barangkali dia stress sebab bukan senang suara aktivis nak didengari. Ya tidak? Oleh kerana itulah seorang peserta Bersih berbangsa Cina telah dihalau keluar oleh Anwar Ibrahim dari sidang media setelah tidak berpuas hati dengan perhimpunan Bersih itu. Malah Hadi Awang sendiri merendah-rendahkan martabat Cikgu Non, bekas aktivis dan ahli seumur hidup PAS yang meminta penjelasan berkenaan amanat Haji Hadi, dan bagaimana Guan Eng lari ikut pintu belakang di Lapangan Terbang Bayan Lepas, mengelak dari bertembung dengan NGO yang berkumpul untuk membantah penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Cukup setakat ini. Ini saja ulasan aku tentang Listen Listen Listen. Adakah mereka di sana listen? Tepuk bahu tumbuk cermin.



No comments:

Post a Comment