Friday, January 18, 2013

SIAPAKAH BEKAS MENTERI UMNO YANG TERLIBAT DENGAN INTERNASIONAL CRISIS GROUP (ICG) ?

INTERNATIONAL CRISIS GROUP (ICG) DAN HUBUNGAN ZIONIS




  International Crisis Group (ICG) merupakan
sebuah badan yang ditubuhkan oleh
bekas Timbalan Pengerusi Bank Dunia
Mark Malloch Brown yang juga merupakan
Timbalan Pengerusi Soros Fund
Management, dan Open Society Institute
milik George Soros.



Pakar ekonomi, John Perkins dalam
bukunya `Confession of an Economic
Hitman’, mendakwa pakar spekulasi mata
wang seperti George Soros bertanggung
jawab menjatuhkan ekonomi sesebuah
negara demi membuka laluan kepada
IMF bagi menghulur bantuan rangsangan
kewangan atas syarat dan faedah yang
tinggi kepada negara yang meminjam.


IMF itu didakwa mempunyai tujuan tertentu,
terutama demi mengawal sumber asli dan
mempengaruhi dasar luar negara Asia
Tenggara terutama terhadap pelabur luar.


Walaupun negara-negara yang menerima
bantuan ransangan IMF seperti Thailand
dan Indonesia dilihat memulihkan ekonomi
mereka, tetapi pengangguran dan kes
bankrupsi terus meningkat sehingga
pentadbiran negara terjejas dan dibebani
hutang IMF.


Selain menyumbang dana kewangan melalui
badan Open Society Institute kepada ICG
George Soros juga merupakan Ahli Majlis
Eksekutif badan itu.


ICG yang mendapat bantuan negara-negara
barat dilihat memainkan peranan penting di
peringkat antara bangsa bagi membantu
menangani konflik dan krisis di arena global.


Mengikut Laporan Maxim News selain
Bekas Menteri Luar Israel, Shlomo Ben
Ami dan ahli Senate Amerika Syarikat
Nancy Kassenbaum Baker, Anwar Ibrahim
merupakan antara Ahli Majlis Eksekutif ICG
yang dilantik pada 29 Jun 2006.

Selain itu juga Kerajaan Amerika Syarikat
mempunyai perwakilan tersendiri dalam
ICG, yang diwakili oleh bekas Setiausaha
Dalam Negeri Amerika Syarikat, Morton
Abramowitz, Kenneth Adelman Pengerusi
Kawalan Senjata Api Amerika dan New
Brzezinsk bekas Penasihat Pertahanan
Negara Presiden Amerika Syarikat yang
bertanggungjawab terhadap peperangan
menentang terrorisme di Afghanistan
dan Iraq.


Sebahagian besar dalam ICG adalah
berbangsa Yahudi.








No comments:

Post a Comment