Sunday, January 13, 2013

JANGAN DIDIK RAKYAT MENENTANG KEHENDAK RAKYAT


DATUK MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD- MUFTI KELANTAN.

Merujuk kepada kalimah Allah , Kalimah Allah bagi enakmen negeri Kelantan sudah ada Enakmennya iaiatu ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1981. Enakmen ini untuk mengawal , menyekat pengembangan iktikad kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang yang menganut agama Islam. Kalau kita tengok kepada enakmen ini diluluskan pada 19 disember 1981, maknanya sudah jelas bahawa enakmen ini dgubal sedemikian rupa oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, mewakili SUARA RAKYAT. Ertinya sekarang , tugas kita ialah mendidik rakyat menghormati apa yang diputuskan oleh DUN dan Parlimen.
Enakmen ini ada lah preventif (sekatan) dan ini menepati kaedah syarak , syarak kata "kawal" . Dalam perubatan pun kata mengawal itu lebih baik dari mengubat. Jadi enakmen ini sudah diluluskan , siapa yang luluskan, ahli -ahli DUN pada 1981. Ahli-ahli DUN ini adalah mewakili rakyat, JADI JANGAN KITA DIDIK RAKYAT MENENTANG ENAKMEN YANG DILULUSKAN OLEH RAKYAT. KALAU RAKYAT MEWAKILKAN KEPADA WAKIL RAKYAT BUAT UNDANG-UNDANG tiba-tiba kita didik pula rakyat menentang enakmen itu , maknanya rakyat menentang kehendak rakyat. Itu sudah nampak kecelaruannya.
 



No comments:

Post a Comment