Enam ratus lima puluh sembilan pasangan dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan sejenis di New York pada 24 julai 2011 mencatatkan rekod jumlah perkahwinan gay dan lesbian yang terbanyak dalam sehari" New York adalah negeri keenam di Amerika Syarikat (AS) yang menghalalkan perkahwinan sejenis. ini bermakna 44 negeri sahaja lagi di negara pengeksport ideologi demokrasi , kebebasan dan hak asasi manusia itu yang belum mengiktiraf seks dan perkahwinan sejenis . Apakah tidak mustahil negeri-negeri lain juga akan mengkut jejak langkah New york ? Semua keseronokan , buat dosa, melakukan seks luar tabie ini ada di Bangkok. Logiknya hanya masa yang menunda perlaksanaan kebebasan yang amat bertentangan dengan syariat agama Islam.
UMAT Islam sebenarnya bukannaya lemah tetapi kurang kesedaran terutama apabila banyak sangat duit-duit angin, mulalah lupa diri , tidak mengunakan seluruh kekuatan potensi , tidak berdikari dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah akibat banyak bergantung kepada budaya barat yang menyesatkan dan membawa kita ke neraka. Apa yang kita pernah lihat di Bangkok kini ada di Kuala Lumpur dan Jakarta. Semakin hari semakin ramai ynag mengikut perangai buruk kebebasan ala Barat dari kejayaan di bidang teknologi dan lain-lainnya.
BALA bencana yang paling besar menimpa dunia hari ini adalah "Seksualiti Merdeka" menuntut kebebasan bagi seks semua jenis (termasuk pondan) yang dinamakan LBGT Akronim bagi Lesbian , Gay , Biseksual , transgender . Nauzubillah . Apakah kita mahu Tuhan terbalikkan bumi Malaysia ini seperti yang berlaku di bandar Sodom iaitu bandar kaum Nabi Luth AS ?
SHaA
No comments:
Post a Comment