Thursday, November 22, 2012

Dunia diancam penjenayah




Konsep tidak campurtangan dalam urusan dalaman negara merdeka sudah diganti dengan konsep campurtangan secara tidak langsung dan langsung, termasuk penukaran Kerajaan tertentu oleh kuasa asing. Jika perlu kekerasan diguna untuk tujuan ini.
Globalisasi diperkenalkan dan dibentuk oleh negara Barat untuk memudahkan mereka menguasai ekonomi dunia.
Ternampak jelas yang bangsa-bangsa Eropah ingin kembali menakluki dunia. Walaupun penaklukan ini pada mulanya tidak secara langsung, hari ini mereka sudah mula menceroboh dan menawan negara-negara tertentu untuk keselamatan mereka kononnya, dan untuk mengeksploit kekayaan yang ada pada negara-negara berkenaan.
konomi Asia Timur telah tumbuh dengan pesat sejak lepas Perang Dunia II. Bermula dengan Jepun; Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara telah mencapai kemajuan yang pesat. Tetapi yang menakjubkan ialah negara China yang menggugurkan sistem perancangan pusat (central planning) dan menerima secara terhad sistem pasaran terbuka. Dalam jangka masa yang amat singkat negara Komunis yang miskin ini telah menjadi sebuah negara yang kaya dengan kemungkinan mengadakan pasukan perang yang besar.
Negara Barat pula berasa kurang senang dengan China sebagai kuasa ekonomi dan ketenteraan yang berwibawa.
engan ini iklim antarabangsa menjadi amat mencabar bagi semua pihak termasuk Malaysia. Dalam keadaan ini bangsa-bangsa Eropah telah mula menunjukkan sifat-sifat lama yang ada pada mereka.
Sejarah Melayu di zaman British boleh memberi banyak pelajaran kepada kita berkenaan bangsa-bangsa Eropah.
Kita telah dijajah oleh tiga bangsa Eropah. Selama 450 tahun kita berada di bawah pemerintahan kolonial mereka. Sekarang kita dan bangsa-bangsa Asia menghadapi bahaya dijajah semula oleh mereka.