Monday, September 10, 2012

MAJLIS SYURA PAS TIDAK ADIL....!!!???



Harun Din dan Nasha bersatu ~ 
Nik Aziz keluar mesyuarat dulu~
Anwar Mat Sabu balik mati kutu~ 
Kerana Ulama dan akar Umbi tak setuju~

kui ...! kui ...! kui...!


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu kekal, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu dilihat sebagai satu tamparan buat golongan 'Anwarinas' yang tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin selama ini termasuk terbaru, membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu, Abdul Hadi berkata, Nasharudin kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas dan ahli parti itu termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti.

Bagaimanapun, beliau masih berteka-teki mengenai masa depan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

"Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas malam ini membincangkan mengenai Lajnah Penerangan Pusat Pas (dan) persiapan pilihan raya.

"(Kedudukan Nasharudin) tiada dalam agenda mesyuarat walaupun sudah habis mesyuarat dan masih lagi menjadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu malam ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang sebelum ini mempertahankan kenyataan Nasharudin mengenai keperluan Pas mengkaji semula kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Abdul Hadi dalam mesyuarat pusat parti itu pada 25 Ogos lalu menegaskan, isu bekas Timbalan Presiden Pas itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama malam ini.

Mengulas lanjut kata Abdul Hadi, mesyuarat malam ini merupakan pertemuan biasa majlis tersebut yang bermesyuarat dua kali sebulan.

Difahamkan, mesyuarat itu bermula sekitar pukul 9 malam dan Nasharudin tiba kira-kira 10 minit sebelum ia dimulakan.

Dalam pada itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat meninggalkan mesyuarat lebih awal iaitu sekitar pukul 9.20 malam.
Para pemberita yang menunggu sejak awal bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke dalam ibu pejabat Pas itu bagi merakamkan gambar dan terpaksa menunggu di kaki lima bangunan berkenaan sehingga Abdul Hadi keluar memberikan kenyataan pukul 11.10 malam.

Haron dan Nasharudin ketika ditanya perjalanan mesyuarat enggan memberikan sebarang ulasan.

No comments:

Post a Comment