Saturday, September 8, 2012

NASHA TIDAK AKAN DI PECAT


Nasha tidak akan di pecat....!!! Mat sabu and the Geng tentu tak suka mendengar cerita macam ni, apatah lagi boss mereka mursyidul am PKR dah bersusah payah cuba menyinkirkan Ulama yg lantang di dalam PAS.
APAKAH AKAN ADA LEMBARAN BARU DALA
M PERHUBUNGAN CINTA PAS DAN PKR ?
AKAN TERLAKSANAKAH IMPIAN MEWUJUDKAN PIMPINAN ISLAM PAS DAN UMNO ANDAI KATA NASHA KEMBALI KE TAHTA KEPIMPINAN PAS ?
AKAR UMBI PAS SUDAH BERSUARA....ULAMA PAS SUDAH BRSUARA.....SEDIAKAH MAT SABU MENGHADAPI TENTANGAN DARI MEREKA ...? ? ?


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak pernah membayangkan bahawa Nasharudin Mat Isa akan dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini.


Sambil mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mempertahankan tindakan Nasharudin itu, Haron berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.



"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti



"Sepanjang pemerhatian saya terhadap isu ini, tiada apa yang mengatakan bahawa Nasharudin patut dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau diminta mengulas dakwaan satu sumber dalam Pas yang mengatakan bahawa Nasharudin dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas.



Menurut sumber itu, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan 'Anwarinas' yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.



Malah, golongan Anwarinas iu juga dikatakan akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama yang akan diadakan pada sebelah malamnya bagi memastikan Nasharuddin dipecat.



Haron berkata, beliau sendiri tidak tahu sama ada isu berhubung Nasharudin akan dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada tarikh itu nanti.



Malahan, beliau sendiri tidak nampak isu berhubung kenyataan Nasharudin itu boleh sampai ke peringkat yang menjadi tajuk utama perbincangan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama nanti.



"Kalaupun nak sampai kepada apa yang dikatakan itu (pemecatan Nasharudin), itu akan bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau tidak.



"Lebih-lebih lagi pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Syura Ulama). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Disiplin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan. Kalau tidak, maka tidak perlu dibincangkan," katanya.



Tambah beliau, sebarang perselisihan faham yang berlaku di dalam parti adalah perkara biasa dan normal, namun apa yang berlaku itu tidak akan menjejaskan kerukunan Pas.

http://www.youtube.com/watch?v=4gajnJ5DvRU

No comments:

Post a Comment