Saturday, August 11, 2012

UMNO PELAMPAU AGAMA...!!!


UMNO kini dilebelkan oleh Ketua pembangkang telah memulakan kempen pelampau Agama, ini kerana gara-gara beberapa ulama tersohor negara menyatakan HARAM MENGUNDI DAP. Kenyataan Tuan Guru Haji Sammah di dalam Utusan telah menimbulkan reaksi tidak senang dikalangan pembangkang."Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad juga berkongsi berpendapat yang sama bahawa umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.

"Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.

 Lim Kit Siang yang kesal dengan penggunaan istilah "kafr Harbi" telah merasa BAHANG penentang golongan Ulama  yang mempunyai jalur kekuatan dikalangan masyarakat melayu terutama PAS. PAS kini tidak lagi dilihat membawa mesej dan SUARA ulama. Pelbagai kenyataan yang menghina Islam  dibuat oleh DAP telah menyenap hati sanubari ulama di Malaysia. Golongan ini yang dulunya lebih suka berdiam diri kini tampil tegas menyatakan penolakan mentah-mentah kepada "kafir harbi" DAP didalam PRU 13 ini. 

Dalam pada itu Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sambil menegaskan: "Apa-apa pun tunggu Pilihan Raya Umum Ke-13, bila pakatan pembangkang menang dan memerintah negara, kita akan tetap laksanakan hudud.''
Katanya, Pas konsisten untuk melaksanakan hudud walaupun ditentang oleh DAP.
''Biarlah kita ada kuasa dulu, baru kita laksanakan. Umat Islam perlu ada kuasa di peringkat Persekutuan dan negeri, baru boleh buat hudud," jelasnya.


No comments:

Post a Comment